Update / aktiviti hujung minggu

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Dah 4 hr tak update blog ni..nak update kat office tak sempat sbb banyak kerja dan line kurang clear sikit. Nak update kat umah, broadband ada masalah pulak. Sekarang ni aku curi sikit masa yg ada kat office ni sebelum bos masuk.

Sabtu 14/06/08, aku hantar adik perempuan aku pergi TPM College utk seisi penerangan. Separuh hari juga la aku lepak kat situ. 26/06/08 ni adik aku akan daftar di TPM College.Dia ambil Bsc.Mechanical Eng, salah satu program berkembar antara TPM College dgn US punya universiti (maaf, lupa nama tempat tu). Lepas selesai semua tu, ptg tu gak adik aku balik kg, naik bas sbb aku malas nak hantar dia balik kg...ekekekekeke apa punya abg da aku ni.

Mlm minggu aku join TT dgn kawan2 owner cefiro A31 kat kedai mamak belakang Risda jln Ampang. Aktiviti berjalan mcm biasa, minum2, kutuk2, buka bonet kereta, tgk kereta member (apis ) yg baru install RSM dan SAFC ( jeles aku wooo..) . Dah puas lepak2 kat kedai mamak tu, we all gerak ramai2 gi lepak kat dataran merdeka. Ada dlm 2jam gak la lepak kat dataran tu, dlm 0330am we all kuar dr situ dan menuju ke sri hartamas utk minum ( sekali lagi??) tp aku tak join sbb mata "......" aku dah ngantuk ar so kena hantar dia balik umah dia. lebih kurang 0500am aku sampai umah.

Bila lepas subuh br tido, maka dgn secara langsungnya pkl 2ptg br aku bangun tido. Ptg tu aku lepak kat umah aje, basuh baju2, layan tv..bila dah bosan, aku tido semula..ekekekekee. Mlm plan nak basuh kereta tp tgk kereta dok berkilat lg so tahap kemalasan yg tinggi pun datang. Layan tv ajelah.

Rasanya mcm dah xada apa nak cerita ni.

See ya again.

Wassalam.

2 comments:

Ray said...

alo brader.. gambar tempek ar sket...

Muhammad Fairizuddin Alimat said...

ntah la yen... letak la gambar sket... heheheh