Pengalaman Kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni nak bercerita sikit pasal pengalaman kerja, sepanjang 11 tahun berkelana di lubuk rezeki kat Malaysia ni.

Seingat aku lah, 1st kerja yg aku buat masa sampai kat KL dulu, aku kerja sebagai kerani store kat KulitKraf.Sdn.Bhd bertempat di Sek.14 Petaling Jaya. KulitKraf ni kilang buat kasut dan kasut2 yg di buat tu kebanyakkannya utk army. Bukan hanya utk tentera Malaysia sahaja, dia org pun dpt kontrak dr luar. Masa tu gaji permulaan yg aku dpt cuma RM650 sebulan dan aku masih lagi boleh survive dgn gaji sebanyak tu walaupun sekali sekala ada gak buat loan dgn FAMA (faham2 dah ler). Aku kerja kat KulitKraf ni tak lah lama sangat, dlm 3 bln aje.

Kerja aku yg ke-2, aku kerja dgn Malaysia Airlines. Tempat kerja yg bagi aku paling banyak pengalaman dan pengajaran. Dari aku tak fasih berbahasa inggeris sampai la aku boleh berkomunikasi dlm bahasa inggeris walaupun kadang2 tersangkut gak. 3 tahun aku kerja sebagai Pegawai penempahan ( reservations assistance ) di MAS call centre. Aku kena kerja shift masa kat deparment ni, jgn tanya aku mcm mana rasanya kerja shift ni sbb aku malas nak cerita. Kemudian aku mencuba nasib pergi interview utk kenaikan pangkat sebagai officer di PPD Deparment. Alhamdulillah, aku berjaya dan aku kerja kat department tu selama 2 tahun.
5 tahun gak aku kerja dgn MAS ni.

Kemudian aku terfikir, sampai bila aku nak buat satu kerja yg sama tiap2 hari tanpa ada cabaran yg boleh mencabar krelibiliti aku. Dengan pertolongan senior officer aku yg aku anggap sebagai abang dan sahabat ( abg adzuar), maka dgn beraninya aku pergi temuduga di tempat lain. ABACUS, company ke-3 tempat aku menimba pengalaman kerja. Skop kerja yg penuh cabaran dan kesabaran. Aku berterima kasih dgn bekas rakan2 sekerja aku di ABACUS kerana membantu dan memberi sokongan pd aku semasa kerja di sana. Dengan pengalaman kerja di ABACUS lah aku dapat kerja dgn employer aku sekarang, SITA.

Kerja sekarang perlukan aku berurusan terus dgn MAS. Maka dgn secara tidak langsung, aku berurusan dgn kawan2 lama semasa aku berkerja dgn MAS dulu.
Hmmmmm....dah setahun aku kerja dgn company sekarang ni. Macam2 pengalaman dan ilmu yg aku dapat, yg paling seronok aku dpt pergi atlanta utk training. Dulu aku cuma berangan aje nak jejakkan kaki ke US tu, bila dah kerja dgn SITA ni dpt gak aku pergi sana. Walaupun aku pergi US tu tahun lepas tp masih terpahat kenangan dlm fikiran aku ni. Nyaris kena bogel kat LA airport masa nak chk-in utk domestic flight dr LA ke Atlanta.

Aku gembira dgn kerja aku sekarang ni, bos dan sahabat2 aku yg saling berkerjasama dlm menyelesaikan masalah. Walaupun sering kali bertekak tp itu semua yg berkaitan dgn kerja.
Terima kasih kpd bos aku (Mr.Soma, bos yg paling best..bukan bodek tp hakikat).
Uit..dah banyak aku curi waktu kerja ni, kena sambung buat kerja dah. Esok pagi ada meeting lagi dgn MAS.

Jumpa Lagi.

Wassalam.

2 comments:

Muhammad Fairizuddin Alimat said...

dasat sungguh pengalaman ko... sebab tu muka ko nampak tua sbb byk pengalaman.... heheheh

p/s: oit yen, tutup la word verification tu...

Ray said...

aha.. pi kat setting... payah la nak komen