Kerja

Assalamualaikum,

Hari ni kerja aku mcm biasalah..settle mana2 incident report dr MAS yg still pending utk solution dan aku masih di tempat kerja lagi sekarang ni.
Bukan senang nak setel semua incident2 ni...nak perlukan kerjasama dr mana pihak yg berkaitan.Tak perlulah aku terang secara detail apa skop kerja aku..takut nanti melanggar polisi syarikat pulak.

Baru td dapat satu khabar angin yg buat aku agak angin satu badan, kemungkinan besar aku kena pindah office dr kelana jaya ni ke subang airport. Malas betul nak pindah sana, jarak perjalanan untuk pergi kerja tu bkn jd masalah tp kesesakan lalu lintas dan parking kat sana tu yg buat aku kurang suka sikit. Nampaknya kalau jd pindah ke subang airport, aku kena kuar awal dr umah sbb nak senang dpt parking.

Kalau takut kos naik, itu sudah tidak jadi persoalan sekarang ni. Kena terima apa yg dah terjadi dan belanjawan yg sedia ada kena diatur susun semula. Beli motor tu salah satu jalan penjimatan yg aku nampak sekarang ni. Dari situ aku dapat jimat kos minyak dan tol.

Oklah...aku nak sambung buat kerja. Esok pagi bos aku nak tgk aku punya hasil kerja sebelum di bawa ke mesyuarat dgn MAS ptg esok.

Adios.

3 comments:

Ray said...

huhuhu ye le.. apa lagi...

D & D said...

makan moto pun sodapppp

Muhammad Fairizuddin Alimat said...

yuhhuu my fren... meh la masuk wa nye blog plak... hehehe

fairizuddin.blogspot.com