Letih ar...

Aduhai...letih bebeno bdn hr ni..nak kata buat kerja ladang tak patut plak. Letih duduk agaknya. Bos aku dah confirmkan yg we all kena pindah ke subang airport..Fuh!! kena beli motor gak aku hujung bln ni. Lambat plak nak tunggu pkl 8pm ni..kerja dah hampir2 siap. Perut plak dah lapar ni..pekena burger best gak balik ni. Kat atas meja aku skang ni ada air coke, teringat la plak masa pergi muzium coca-cola kat Atlanta thn lepas..best gak dpt gi sana. Harap2 end of this year or next year dapat pergi lagi.


Lepas kemas meja kerja aku yg bersepah ni, aku nak balik lah.

Wassalam.

Update / aktiviti hujung minggu

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Dah 4 hr tak update blog ni..nak update kat office tak sempat sbb banyak kerja dan line kurang clear sikit. Nak update kat umah, broadband ada masalah pulak. Sekarang ni aku curi sikit masa yg ada kat office ni sebelum bos masuk.

Sabtu 14/06/08, aku hantar adik perempuan aku pergi TPM College utk seisi penerangan. Separuh hari juga la aku lepak kat situ. 26/06/08 ni adik aku akan daftar di TPM College.Dia ambil Bsc.Mechanical Eng, salah satu program berkembar antara TPM College dgn US punya universiti (maaf, lupa nama tempat tu). Lepas selesai semua tu, ptg tu gak adik aku balik kg, naik bas sbb aku malas nak hantar dia balik kg...ekekekekeke apa punya abg da aku ni.

Mlm minggu aku join TT dgn kawan2 owner cefiro A31 kat kedai mamak belakang Risda jln Ampang. Aktiviti berjalan mcm biasa, minum2, kutuk2, buka bonet kereta, tgk kereta member (apis ) yg baru install RSM dan SAFC ( jeles aku wooo..) . Dah puas lepak2 kat kedai mamak tu, we all gerak ramai2 gi lepak kat dataran merdeka. Ada dlm 2jam gak la lepak kat dataran tu, dlm 0330am we all kuar dr situ dan menuju ke sri hartamas utk minum ( sekali lagi??) tp aku tak join sbb mata "......" aku dah ngantuk ar so kena hantar dia balik umah dia. lebih kurang 0500am aku sampai umah.

Bila lepas subuh br tido, maka dgn secara langsungnya pkl 2ptg br aku bangun tido. Ptg tu aku lepak kat umah aje, basuh baju2, layan tv..bila dah bosan, aku tido semula..ekekekekee. Mlm plan nak basuh kereta tp tgk kereta dok berkilat lg so tahap kemalasan yg tinggi pun datang. Layan tv ajelah.

Rasanya mcm dah xada apa nak cerita ni.

See ya again.

Wassalam.

Pengalaman Kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni nak bercerita sikit pasal pengalaman kerja, sepanjang 11 tahun berkelana di lubuk rezeki kat Malaysia ni.

Seingat aku lah, 1st kerja yg aku buat masa sampai kat KL dulu, aku kerja sebagai kerani store kat KulitKraf.Sdn.Bhd bertempat di Sek.14 Petaling Jaya. KulitKraf ni kilang buat kasut dan kasut2 yg di buat tu kebanyakkannya utk army. Bukan hanya utk tentera Malaysia sahaja, dia org pun dpt kontrak dr luar. Masa tu gaji permulaan yg aku dpt cuma RM650 sebulan dan aku masih lagi boleh survive dgn gaji sebanyak tu walaupun sekali sekala ada gak buat loan dgn FAMA (faham2 dah ler). Aku kerja kat KulitKraf ni tak lah lama sangat, dlm 3 bln aje.

Kerja aku yg ke-2, aku kerja dgn Malaysia Airlines. Tempat kerja yg bagi aku paling banyak pengalaman dan pengajaran. Dari aku tak fasih berbahasa inggeris sampai la aku boleh berkomunikasi dlm bahasa inggeris walaupun kadang2 tersangkut gak. 3 tahun aku kerja sebagai Pegawai penempahan ( reservations assistance ) di MAS call centre. Aku kena kerja shift masa kat deparment ni, jgn tanya aku mcm mana rasanya kerja shift ni sbb aku malas nak cerita. Kemudian aku mencuba nasib pergi interview utk kenaikan pangkat sebagai officer di PPD Deparment. Alhamdulillah, aku berjaya dan aku kerja kat department tu selama 2 tahun.
5 tahun gak aku kerja dgn MAS ni.

Kemudian aku terfikir, sampai bila aku nak buat satu kerja yg sama tiap2 hari tanpa ada cabaran yg boleh mencabar krelibiliti aku. Dengan pertolongan senior officer aku yg aku anggap sebagai abang dan sahabat ( abg adzuar), maka dgn beraninya aku pergi temuduga di tempat lain. ABACUS, company ke-3 tempat aku menimba pengalaman kerja. Skop kerja yg penuh cabaran dan kesabaran. Aku berterima kasih dgn bekas rakan2 sekerja aku di ABACUS kerana membantu dan memberi sokongan pd aku semasa kerja di sana. Dengan pengalaman kerja di ABACUS lah aku dapat kerja dgn employer aku sekarang, SITA.

Kerja sekarang perlukan aku berurusan terus dgn MAS. Maka dgn secara tidak langsung, aku berurusan dgn kawan2 lama semasa aku berkerja dgn MAS dulu.
Hmmmmm....dah setahun aku kerja dgn company sekarang ni. Macam2 pengalaman dan ilmu yg aku dapat, yg paling seronok aku dpt pergi atlanta utk training. Dulu aku cuma berangan aje nak jejakkan kaki ke US tu, bila dah kerja dgn SITA ni dpt gak aku pergi sana. Walaupun aku pergi US tu tahun lepas tp masih terpahat kenangan dlm fikiran aku ni. Nyaris kena bogel kat LA airport masa nak chk-in utk domestic flight dr LA ke Atlanta.

Aku gembira dgn kerja aku sekarang ni, bos dan sahabat2 aku yg saling berkerjasama dlm menyelesaikan masalah. Walaupun sering kali bertekak tp itu semua yg berkaitan dgn kerja.
Terima kasih kpd bos aku (Mr.Soma, bos yg paling best..bukan bodek tp hakikat).
Uit..dah banyak aku curi waktu kerja ni, kena sambung buat kerja dah. Esok pagi ada meeting lagi dgn MAS.

Jumpa Lagi.

Wassalam.

Kerja

Assalamualaikum,

Hari ni kerja aku mcm biasalah..settle mana2 incident report dr MAS yg still pending utk solution dan aku masih di tempat kerja lagi sekarang ni.
Bukan senang nak setel semua incident2 ni...nak perlukan kerjasama dr mana pihak yg berkaitan.Tak perlulah aku terang secara detail apa skop kerja aku..takut nanti melanggar polisi syarikat pulak.

Baru td dapat satu khabar angin yg buat aku agak angin satu badan, kemungkinan besar aku kena pindah office dr kelana jaya ni ke subang airport. Malas betul nak pindah sana, jarak perjalanan untuk pergi kerja tu bkn jd masalah tp kesesakan lalu lintas dan parking kat sana tu yg buat aku kurang suka sikit. Nampaknya kalau jd pindah ke subang airport, aku kena kuar awal dr umah sbb nak senang dpt parking.

Kalau takut kos naik, itu sudah tidak jadi persoalan sekarang ni. Kena terima apa yg dah terjadi dan belanjawan yg sedia ada kena diatur susun semula. Beli motor tu salah satu jalan penjimatan yg aku nampak sekarang ni. Dari situ aku dapat jimat kos minyak dan tol.

Oklah...aku nak sambung buat kerja. Esok pagi bos aku nak tgk aku punya hasil kerja sebelum di bawa ke mesyuarat dgn MAS ptg esok.

Adios.

Salam Perkenalan


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Asyik baca blog orang lain aje..akhirnya berjaya gak utk create blog sendiri.
Ada tempat aku nak bercerita and komen tentang apa2 yg berlaku skang.
Dah nak 2am skang ni, mata pun dah ngantuk & otak pun dah lembab nak berfikir.
Sambung esok ajelah utk cerita2 lain.

Wassalam.